Pengajian Ilmu
Blog berdasarkan pengajian yang telah diikuti dan nukilan tersendiri. Semata-mata atas tujuan semakan peribadi dan.... bagi sesiapa yang sedang mengikuti blog ini ..apa yang dapat diperkatakan adalah ...BERHATI-HATILAH! ... kerana ianya umpama "Ayam yang belum Di Sembelih" .. sangat-sangat diperlukan tunjukajar yang sempurna dari yang sesiapa lebih Arif daripada kalangan Tuan-Tuan Guru, Ustaz-Ustaz Alim Ulamak yang lebih arif lagi bijaksana akan ilmu yang dipersembahkan dalam blog ini.
Monday, 9 March 2015
Tuesday, 24 December 2013
BASIC PLC
TAJUK
/ TITTLE : MENGENALPASTI
INPUT/OUTPUT PLC
TUJUAN / OBJECTIVES :
Kertas
penerangan ini akan menerangkan kepada pelatih mengenai pengenalan kepada PLC,
bahagian-bahagian utama dan cara menggunakan konsol PLC kit.
PENERANGAN / INFORMATIONS :
A.
PENGENALAN
-
PLC (programmable logic
control) ialah sejenis alat atau peranti yang boleh di aturcara (diprogram)
untuk mengawal pelbagai tugas terutamanya didalam kilang dan industri.
-
Ia boleh dianggap seperti
sebuah komputer khas yang berupaya melaksanakan pelbagai tugas secara
automatik.
-
Contoh penggunaan PLC :
Kilang mengeluarkan minuman dimana proses penyediaan secara jujukan
diperlukan iaitu membersihkan botol, mengisi air minuman ke dalam botol,
menutup botol, memasang label dan memasukkan botol kedalam kotak untuk
dipasarkan.
-
Walaupun tugas ini boleh
dilakukan oleh manusia penggunaan PLC dapat meningkatkan produktiviti kilang
dengan.
§ Menghasilkan produk dengan lebih pantas.
§ Mengurangkan kos tenaga manusia.
§ Meningkat kualiti produk.
§ Mengurangkan masa henti pengeluaran.
§ Mengambilalih tugas merbahaya seperti pengendalian asid
dalam logi rawatan air.
B. BAHAGIAN
UTAMA SISTEM PLC
-
Terdapat lima bahagian utama
dalam sistem PLC iaitu:
a) Unit Masukan (Input) – i/p
b) Unit Pengawal (Controller)
c) Unit Keluaran ( Output) –
o/p
d) Unit kuasa ( Power Supply)
e) Unit Pengkalan pengaturcaraan ( Programming Unit)
§ Bahagian Masukan (input)
Bahagian ini menerima isyarat analog atau isyarat digital dan
menghantar untuk diproses oleh controller dalam PLC.
Antara contoh peranti di bahagian masukan adalah;
i) Limit switch
ii) Priximity switch
iii) Photoelectric switch
iv) Suis
v) Relay
§ Bahagian Pengawal ( controller)
Controller atau pengawal berfungsi dengan memproses isyarat yang
diterima daripada bahagian masukan dan mengeluarkan isyarat kawalan kepada
bahagian keluaran.
Fungsi bahagian ini adalah sama seperti sebuah komputer yang berupaya
yang berupaya memproses sebuah maklumat.
§
Bahagian
Keluaran (output)
Bahagian ini menerima isyarat yang sudah diproses oleh controller untuk
melaksanakan tugas yang telah diprogramkan.
Contoh peranti bahagian output adalah:
i) Penggera
ii) Motor
iii) LED display
iv) Solenoid
v) Lampu
§ Bekalan Kuasa (power supply)
Bekalan kuasa berfungsi membekalkan voltan yang diperlukan untuk setiap
bahagian dalam sistem PLC
§
Pengkalan
Data ( programming unit)
Adalah bahagian yang digunakan untuk memasukan kod arahan.
Dua jenis Programming unit yang digunakan adalah:
i) Konsol Pengaturcaraan
ii) Komputer
C.
KONSOL PENGATURCARAAN
- Konsol pengaturcaraan adalah alat yang digunakan
untuk memasukkan data/arahan ke PLC
-
Konsol pengaturcaraan mengandungi bahagian
paparan, pemilih mod dan papan kekunci seperti yang ditunjukkan dalam rajah
diatas.
-
Paparan akan memaparkan aturcara iaitu data dan
arahan yang telah dimasukan ke dalam unit pemprosesan pusat.
-
Pemilih mod digunakan untuk memilih mod yang akan
dikendalikan oleh PLC
-
Terdapat 3 jenis mod adalah RUN, MONITOR dan
PROGRAM
-
Huraian tentang fungsi mod ditunjukkan dalam
jadual fungsi mod:
Jenis
Mod
|
Fungsi
|
RUN
|
Mod ini dipilih
apabila hendak melaksanakan aturcara yang sudah dimasukkan dalam PLC dan
sebarang pindaan aturcara tidak boleh dibuat dalam mod ini
|
MONITOR
|
Mod ini dipilih
apabila hendak menukar data tersedia ada dalam PLC yang sedang dikendalikan
|
PROGRAM
|
Mod ini
digunakan untuk membina, mengubahsuai dan memperbaiki ralat sesuatu aturcara.
|
-
Papan kekunci konsol seperti
ditunjukkan dalam rajah dibawah mempunyai kekunci arahan, kekunci angka dan
kekunci kendalian.
-
Kekunci perlu ditekan mengikut urutan
bagi menghasilkan sesuatu atur cara
Menggunakan
Konsol
- PASSWORD
CLR – MONTR - CLEAR
* dengan syarat mod pada PROGRAM
- MEMADAM BUNYI
-
Pusingkan kunci sehingga ikon bz terpapar pada
skrin kemudian tekan :
SHIFT – 1
- MEMADAM MEMORI
CLR – SET – NOT – RESET – MONTR – CLEAR
- MEMERIKSA ATURCARA
-
Tekan kekunci anak panah ke atas atau ke bawah
- MELAKSANA PROGRAM
-
pusingkan kunci pada mod RUN
.............. akan bersambung .............
MENGENALI AMALAN 5S
TUJUAN
Tujuan
Bahagian ini ialah untuk memberi pemahaman tentang Amalan 5S.
LATAR BELAKANG
Konsep Amalan 5S mula
diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal tahun
1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan
persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di
dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta
dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.
Di Malaysia, konsep
Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah
dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini
banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada di
kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan
Produktiviti Malaysia (MPC).
MEMAHAMI KONSEP AMALAN 5S
Amalan 5S
Amalan 5S merupakan alat
pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan
kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan
‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri,
Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah
perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi
maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
Amalan 5S merupakan
teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara
berterusan atau dikenali sebagai “Kaizen” dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah
cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama
dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya,
penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota
dalam organisasi.
Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan
produktiviti yang berkesan kerana:
·Mewujudkan persekitaran
tempat kerja yang berkualiti dan produktif;
·Hasil kebersihan,
kekemasan dan keselamatan yang nyata;
·
Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh
pekerja untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan;
·Semua pekerja akan lebih
berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik;
·Operasi di tempat kerja
lebih senang, pantas dan selamat;
·Membina budaya kerja dan
nilai bersama yang cemerlang; dan
·Menjadi kebanggaan semua
pekerja dan meningkatkan imej organisasi.
Prinsip Amalan 5S
Sisih (Seiri): Menyisih dan melupuskan
(membuang) barang yang tidak perlu di tempat kerja
Sisih merupakan satu proses kerja mengasing barangan yang
diperlukan dan tidak diperlukan daripada sekumpulan barangan di tempat kerja.
Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang diperlukan pada
masa sekarang atau masa hadapan dan perlu disimpan di tempat penyimpanan yang
ditetapkan. Barangan yang tidak diperlukan akan dilupuskan.
Susun (Seiton):
Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil
dan disimpan semula di tempatnya
Menyusun dan melabel dilakukan
setelah kesemua barangan yang tidak perlu diasingkan. Susunan barangan
dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Tujuan utama menyusun ialah:
· menjimatkan penggunaan
ruang;
· penyimpanan barangan
lebih kemas dan teratur; dan
· memudahkan proses
mengesan dan mendapatkan barangan pada masa akan datang.
Sapu (Seiso):
Mencuci atau
membersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di atas
lantai, mesin, peralatan dan persekitaran tempat kerja
Persekitaran
yang bersih diperlukan oleh semua peringkat pekerja untuk merasa selesa dan
ceria apabila bekerja. Selain meningkatkan kecekapan kerja, menyapu juga boleh
mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang
digunakan. Tujuan menyapu untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat
di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan
disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada
pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti
ini. Menjadi keperluan tempat/peralatan/kawasan yang disapu/dibersih pada
setiap masa dengan jadual penyelenggaraan yang berkesan.
Seragam (Seiketsu):
Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti
di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur
sepanjang masa
Seragam
hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah
disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal
adalah penting supaya segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu
tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh setiap pekerja akan
menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Panduan
diperlukan untuk dipatuhi oleh pekerja bagi menjamin kualiti dan piawaian yang
telah ditentukan. Antaranya ialah Standard
Operation Procedure
Sentiasa Amalkan (Shitsuke):
Melatih pekerja
berdisiplin untuk mengamalkan sistem Amalan 5S secara berterusan supaya menjadi
tabiat dan budaya kerja berkualiti dalam organisasi
Budaya
kerja cemerlang dapat dibangunkan dengan mematuhi panduan dan piawaian yang
telah ditentukan. Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan
penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan ini dapat
disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan
secara berkala.
secara berkala.
Faedah Melaksanakan
Amalan 5S
·
Persekitaran tempat kerja menjadi lebih bersih, kemas dan
tersusun rapi;
·
Persekitaran tempat kerja menjadi lebih selamat;
·
Pekerja berpeluang menjana idea yang bernas dan kreatif
untuk mencapai persekitaran tempat kerja yang bersih dan kondusif;
·
Proses pencarian menjadi lebih mudah dan pantas dalam
melaksanakan kerja;
·
Kesilapan kerja dapat dielakkan melalui kalis
kesilapan (mistake proofing);
·
Sebarang masalah dan kecacatan dapat dikesan semasa
proses pengeluaran/pemberian perkhidmatan;
·
Mewujudkan kaedah-kaedah dan piawaian kerja yang jelas;
·
Mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan
persekitaran yang berkualiti;
·
Kawalan stok/inventori yang lebih berkesan;
·
Pengurusan kos yang lebih berkesan;
·
Rungutan pelanggan dapat dikurangkan terhadap penyampaian
perkhidmatan;
·
Memudahkan urusan penyelenggaraan;
·
Meningkatkan semangat kerja berpasukan; dan
·
Meningkatkan imej korporat organisasi.
Hasil Yang Dijangka Dari Amalan 5S
Penjimatan
Kos:
·
Penjimatan penggunaan inventori;
·
Menghalang kerosakan ke atas inventori;
·
Menghalang salah letak peralatan dan perkakasan; dan
·
Mempercepatkan proses pencarian pengesanan dalam sesuatu
urusan kerja.
Meningkatkan
kecekapan penggunaan sumber:
·
Mengoptimumkan penggunaan kawasan/tempat kerja;
·
Penghapusan masa pencarian peralatan dan pembaziran bahan
mentah/proses
·
Mempermudah kawalan dan penyelenggaraan.
Meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan penyelenggaraan:
·
Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan jangka hayat
mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan yang diguna pakai;
·
Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan beroperasi mesin,
peralatan dan kemudahan-kemudahan; dan
·
Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan mesin,
peralatan dan kemudahan-kemudahan.
Jaminan
kualiti:
·
Meningkatkan kualiti dan produktiviti
barangan/perkhidmatan;
·
Meningkatkan keupayaan melaksanakan kerja dengan lebih
pantas dan selamat; dan
·
Memastikan penyampaian produk/perkhidmatan cekap dan
berkesan.
Meningkatkan
keselamatan di persekitaran tempat kerja:
·
Menghapuskan keadaan yang membahayakan;
·
Meningkatkan tahap kesihatan di tempat kerja;
·
Menghapuskan keadaan yang boleh mendatangkan kecederaan
dan
kemalangan;
·
Mengelakkan berlakunya kesilapan dan kecuaian; dan
·
Pematuhan kepada peraturan-peraturan.
Meningkatkan
motivasi pekerja:
·
Perhubungan yang baik antara anggota;
·
Membentuk disiplin yang tinggi; dan
·
Membentuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan.
Tindakan Yang Bukan Amalan 5S
Antara
tindakan yang bukan ciri Amalan 5S adalah seperti berikut:
·
Memberi latihan pengemasan;
·
Satu cara untuk menyalahkan orang lain sekiranya berlaku
sebarang kecacatan;
·
Satu cara untuk memaksa orang bekerja;
·
Satu cara untuk memaksa orang bekerja dengan lebih tekun
dan pantas; dan
·
Dibuat pada bulan-bulan atau tahun-tahun tertentu
(bermusim) sebagai contoh dilaksanakan dalam bulan kualiti atau pertandingan
sahaja.
Tentangan Terhadap Pelaksanaan Amalan 5S
Antara bentuk persoalan
mempamerkan tingkah laku penentangan pelaksanaan Amalan 5S ialah:
·
Apa yang hebat sangat tentang Amalan 5S?
·
Kenapa saya sebagai Ketua Jabatan, perlu jadi pengerusi
Amalan 5S?
·
Kenapa perlu bersih, sedangkan ia akan kotor lagi?
·
Adakah melakukan sisih dan susun akan meningkatkan
output?
·
Kenapa perlu tumpu sangat pada suatu yang remeh seperti
Amalan 5S (sisih dan susun)?
·
Bukankah kita memang sudah lakukan Amalan 5S?
·
Sememangnya tempat kerja saya berserabut, tetapi saya
tahu mana hendak mendapatkannya?
·
Bukankah kita dah lakukan Amalan 5S setahun dulu?
·
Bukankah Amalan 5S dan aktiviti penambahbaikan lain
sesuai untuk kilang
sahaja?
·
Tidak tahukah bahawa kami terlalu sibuk untuk
melaksanakan Amalan 5S (sisih
dan susun)?
·
Siapa mereka, hendak arahkan saya buat Amalan 5S?
·
Kita tidak perlukan Amalan 5S. Kita bukan kerja cari
untung, jadi buat kerja kita
sajalah?
KUNCI KEJAYAAN AMALAN 5S
Sokongan Dan Komitmen Berterusan Dari Pengurusan Atasan
Sokongan dan komitmen pihak pengurusan atasan dapat
mewujudkan suasana yang menyemarakkan pelaksanaan Amalan 5S selain mampu
memberi kesan yang berpanjangan. Pihak pengurusan atasan akan memberikan hala
tuju dan keputusan-keputusan untuk memastikan Amalan 5S dapat dilaksanakan
dalam organisasi dengan baik oleh anggotanya.
Membentuk Prasarana Yang Berkesan
Sediakan
prasarana yang bersesuaian. Menjadi kepentingan untuk mengenal pasti terlebih
dahulu aspek atau ruang yang bersesuaian untuk dilaksanakan Amalan 5S dalam
organisasi. Tindakan yang bersistematik adalah perlu dengan mewujudkan beberapa
jawatankuasa bagi pelaksanaan Amalan 5S dan terma rujukan yang jelas.
Mengadakan Sistem Komunikasi Yang Berkesan
Sediakan
dan lancarkan sistem atau kaedah komunikasi yang sesuai. Ini penting bagi
memberikan penerangan akan keperluan, kepentingan dan kebaikan 5S di organisasi
kepada anggota lain. Untuk itu, beberapa kaedah boleh digunakan misalnya:
·
Melalui mesyuarat;
·
Menggunakan intranet seperti portal, blog atau laman web
organisasi;
·
Informasi di papan kenyataan;
·
Poster dan risalah; dan
·
Surat berita dalaman (Newsletter).
Melatih Semua Peringkat Anggota Untuk Mengamalkan Amalan
5S
Mengadakan latihan kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat
dalam Amalan 5S dan anggota lain di dalam organisasi. Perlu dirancang latihan
asas Amalan 5S kepada setiap anggota. Ini bagi membolehkan seluruh anggota
organisasi tahu apa peranan yang harus mereka laksanakan dalam Amalan 5S.
Penandaarasan Amalan Terbaik
Wujudkan
dan kongsikan amalan terbaik (best practices). Antaranya
mengadakan lawatan ke syarikat-syarikat atau agensi-agensi yang menjadi model
Amalan 5S untuk penambahbaikan yang berterusan. Sediakan dan gunakan pangkalan
data berkaitan amalan-amalan yang terbaik dan mesti dikongsi dengan anggota
yang lain.
Pelan Pelaksanaan Amalan 5S – Kitaran P-D-C-A
Sediakan
pelan pelaksanaan Amalan 5S yang menyeluruh dengan merangka pendekatan yang
sistematik dengan menggunakan Kitaran P-D-C-A (Rancang (Plan) -
Laksana (Do) - Periksa (Check) - Tindakan (Action)).
Sentiasa menilai dan membuat pengubahsuaian. Dalam pelaksanaan Amalan 5S,
setiap masalah yang dihadapi harus dijadikan teladan dan daripadanya mesti
dilakukan penambahbaikan. Ubahsuai atau pilih pendekatan dan kaedah pelaksanaan
bagi memastikan Amalan 5S di organisasi lebih berkesan.
Mengamalkan Penilaian Prestasi Dan Sistem Ganjaran
Audit Dalaman Amalan 5S dalam organisasi adalah kaedah
terbaik membuat penilaian prestasi Amalan 5S. Penilaian ini boleh disusuli
dengan sistem ganjaran yang menawarkan ganjaran pada setiap pasukan yang
berjaya dalam pelbagai kategori yang dianjurkan.
Projek Perintis Amalan 5S – Model 5S
Mulakan dengan projek perintis Amalan 5S. Pilih kawasan
yang kebanyakan anggotanya menunjukkan simptom kurang bermotivasi untuk
bekerja, mungkin kerana terlalu sesak, tidak terurus dan sebagainya. Kawasan
berkenaan juga harus mempunyai kesan visual positif apabila Amalan 5S
dilaksanakan. Dengan pengalaman projek perintis ini kelak dapat digunakan untuk
merancang pelaksanaan Amalan 5S yang lebih menyeluruh dalam organisasi. Hasil
dari pelaksanaan projek perintis 5S, adalah penting dilakukan penilaian dan
semakan. Dapatkan maklum balas dan idea daripada ahli kumpulan projek perintis
Amalan 5S berkenaan untuk input penambahbaikan dalam pelan pelaksanaan Amalan
5S organisasi.
Berdasarkan kesedaran peri pentingnya pelaksanaan amalan
5S ini, maka satu usaha kearah merintis jalan permulaan telah pun di ambil dan
dilaksanakan seperti perkara berikut :.
PENUTUP
·
Konsep Amalan 5S mudah difahami oleh setiap anggota
kerana perkara ini hanya memerlukan pengetahuan konvensional dan disiplin serta
komitmen yang tinggi. Amalan ini boleh dilaksanakan di semua organisasi.
·
Amalan 5S dapat memupuk semangat kerja berpasukan,
disiplin diri dan dapat meningkatkan rasa tanggungjawab serta sayang kepada
organisasi.
·
Amalan 5S dapat mewujudkan persekitaran kerja yang
produktif, bersih dan selamat ke arah sistem penyampaian perkhidmatan IKBN
bertaraf dunia.
·
Komitmen yang berterusan daripada pihak pengurusan serta
penglibatan semua warga menjadi tunjang kepada kejayaan pelaksanaan Amalan 5S.
·
Amalan 5S perlu
dilaksanakan secara berterusan untuk mengekalkan prestasi penyampaian
perkhidmatan organisasi yang cemerlang.
Subscribe to:
Posts (Atom)