Tuesday 24 December 2013

BASIC PLC


TAJUK / TITTLE : MENGENALPASTI INPUT/OUTPUT PLC


TUJUAN / OBJECTIVES :

Kertas penerangan ini akan menerangkan kepada pelatih mengenai pengenalan kepada PLC, bahagian-bahagian utama dan cara menggunakan konsol PLC kit.

   
PENERANGAN / INFORMATIONS :
A.       PENGENALAN
-               PLC (programmable logic control) ialah sejenis alat atau peranti yang boleh di aturcara (diprogram) untuk mengawal pelbagai tugas terutamanya didalam kilang dan industri.
-               Ia boleh dianggap seperti sebuah komputer khas yang berupaya melaksanakan pelbagai tugas secara automatik.
-               Contoh penggunaan PLC :
Kilang mengeluarkan minuman dimana proses penyediaan secara jujukan diperlukan iaitu membersihkan botol, mengisi air minuman ke dalam botol, menutup botol, memasang label dan memasukkan botol kedalam kotak untuk dipasarkan.
-               Walaupun tugas ini boleh dilakukan oleh manusia penggunaan PLC dapat meningkatkan produktiviti kilang dengan.
§  Menghasilkan produk dengan lebih pantas.
§  Mengurangkan kos tenaga manusia.
§  Meningkat kualiti produk.
§  Mengurangkan masa henti pengeluaran.
§  Mengambilalih tugas merbahaya seperti pengendalian asid dalam logi rawatan air.
B.       BAHAGIAN UTAMA SISTEM PLC
-               Terdapat lima bahagian utama dalam sistem PLC iaitu:
a) Unit Masukan (Input) – i/p
b) Unit Pengawal (Controller)
c) Unit Keluaran ( Output) – o/p
d) Unit kuasa ( Power Supply)
e) Unit Pengkalan pengaturcaraan ( Programming Unit)



  

§  Bahagian Masukan (input)
Bahagian ini menerima isyarat analog atau isyarat digital dan menghantar untuk diproses oleh controller dalam PLC.
Antara contoh peranti di bahagian masukan adalah;
i) Limit switch
ii) Priximity switch
iii) Photoelectric switch
iv) Suis
v) Relay

§  Bahagian Pengawal ( controller)
Controller atau pengawal berfungsi dengan memproses isyarat yang diterima daripada bahagian masukan dan mengeluarkan isyarat kawalan kepada bahagian keluaran.
Fungsi bahagian ini adalah sama seperti sebuah komputer yang berupaya yang berupaya memproses sebuah maklumat.

§  Bahagian Keluaran (output)
Bahagian ini menerima isyarat yang sudah diproses oleh controller untuk melaksanakan tugas yang telah diprogramkan.
Contoh peranti bahagian output adalah:
i) Penggera
ii) Motor
iii) LED display
iv) Solenoid
v) Lampu

§  Bekalan Kuasa (power supply)
Bekalan kuasa berfungsi membekalkan voltan yang diperlukan untuk setiap bahagian dalam sistem PLC

§  Pengkalan Data ( programming unit)
Adalah bahagian yang digunakan untuk memasukan kod arahan.
Dua jenis Programming unit yang digunakan adalah:
i) Konsol Pengaturcaraan
ii) Komputer




C.       KONSOL PENGATURCARAAN
                           

-        Konsol pengaturcaraan adalah alat yang digunakan untuk memasukkan data/arahan ke PLC

-        Konsol pengaturcaraan mengandungi bahagian paparan, pemilih mod dan papan kekunci seperti yang ditunjukkan dalam rajah diatas.
-        Paparan akan memaparkan aturcara iaitu data dan arahan yang telah dimasukan ke dalam unit pemprosesan pusat.
-        Pemilih mod digunakan untuk memilih mod yang akan dikendalikan oleh PLC
-        Terdapat 3 jenis mod adalah RUN, MONITOR dan PROGRAM
-        Huraian tentang fungsi mod ditunjukkan dalam jadual fungsi mod:

Jenis Mod
Fungsi
RUN

Mod ini dipilih apabila hendak melaksanakan aturcara yang sudah dimasukkan dalam PLC dan sebarang pindaan aturcara tidak boleh dibuat dalam mod ini
MONITOR

Mod ini dipilih apabila hendak menukar data tersedia ada dalam PLC yang sedang dikendalikan
PROGRAM

Mod ini digunakan untuk membina, mengubahsuai dan memperbaiki ralat sesuatu aturcara.

-        Papan kekunci konsol seperti ditunjukkan dalam rajah dibawah mempunyai kekunci arahan, kekunci angka dan kekunci kendalian.
-        Kekunci perlu ditekan mengikut urutan bagi menghasilkan sesuatu atur cara                            
                               

Menggunakan Konsol

  1. PASSWORD

         CLR – MONTR - CLEAR

          * dengan syarat mod pada PROGRAM

  1. MEMADAM BUNYI
-        Pusingkan kunci sehingga ikon bz terpapar pada skrin kemudian tekan :

           SHIFT – 1
       
  1. MEMADAM MEMORI

          CLR – SET – NOT – RESET – MONTR – CLEAR

  1. MEMERIKSA ATURCARA

-        Tekan kekunci anak panah ke atas atau ke bawah

  1. MELAKSANA PROGRAM

-        pusingkan kunci pada mod RUN



..............  akan bersambung .............



3 comments: